Inilah
kisah Bujang Senang di Sungai kami. Diceritakan, antaranya ada manusia
jelmaan buaya. Mana Kampung, mana Daerah, mana Negeri yang tidak pernah
mendengar kisah KERABAT Bujang Senang? Ia umpama satu lagenda.
Aku pernah menulis akan kisahnya dulu. Bila
datang satu MUSIM, mereka pun muncul. Banyak sekali. Satu Malaysia,
semua tahu. Mereka datang dari setiap pelosok kampung dan daerah,
melalui sungai dan jalan darat. Datang mereka pun dengan berduyun-duyun.
Cuaca panas, hari hujan, berhimpit sesak malah ribut dan petir pun
tiada yang dapat menghalang. Banyak yang timbul di muara sungai. Untuk
menentukan nasib, samada KEKAL ataupun BERTUKAR tuannya. Dengan adanya
mereka, maka si Raja terus berkuasa di Singgahsananya. Itulah Kerajaan BUMI.
Merekalah
pengawal, merekalah penyelamat dan merekalah pembunuh sekalian tentera
daripada Kerajaan 3 Alam yang sentiasa berusaha untuk memecah benteng
sempadan agar dapat menjajah negerinya.
Ampuh sekali benteng yang dibina. Tentera-tentera itu sekaliannya mudah ditewaskan, lalu datanglah segerombolannya dari LANGIT BIRU, dapat ditewaskan kemudian datang lagi satu gerombolan dari LANGIT HIJAU, juga ditewaskan dan berterusanlah perang itu tiada pengakhiran akan tandanya.
Ampuh sekali benteng yang dibina. Tentera-tentera itu sekaliannya mudah ditewaskan, lalu datanglah segerombolannya dari LANGIT BIRU, dapat ditewaskan kemudian datang lagi satu gerombolan dari LANGIT HIJAU, juga ditewaskan dan berterusanlah perang itu tiada pengakhiran akan tandanya.
Demikianlah
gagahnya Kerajaan BUMI yang kuat berkuasa, rakyatnya hidup begitu
makmur sekali. Air pun dicurahkan dari tebing untuk mandian sang Bujang
Senang sebagai penghargaan akan jasa mereka itu. Itulah kesenangan yang
dikecapi mereka bersama.
Suatu hari HUJAN pun datang. Lebat sekali. Begitu lebat sehingga laut yang BIRU menjadi keruh. Gelombang besar tiba-tiba mendatang.
Menghempas benteng, ladang dan rumah. Bah besar berlaku kini. Perit
jerih rakyat tinggal tandanya saja. Semua hanyut dibawa arus. Kerajaan
BUMI kini menderita.
Maka
berkatalah sang Bujang Senang, “Wahai kamu sekalian rakyat,
perkhabarkanlah kepada Rajamu. Sungai kami dah bercampur air laut.”
Ketika
itu rakyat gundah gundala, menyelamatkan harta khazanah masing-masing.
Negeri mereka separas air laut, menunggu detik untuk tenggelam sahaja.
Lalu
mereka pun berkata, “kami tidak dapat membantumu, Raja kami tidak tahu
bagaimana harus membantu kamu, cubalah tinggal di air masin”.
Diceritakan
kemudian, kumpulan Bujang Senang itu pun marah lalu datang antara
mereka mencabar sekalian rakyat sambil berkata, “Kami sudah berkurun
lamanya hidup dalam persekitaran air tawar iaitu sebelum WUJUDNYA
kerajaan kamu, bagaimana mungkin kamu memaksa kami tinggal di laut yang
begitu masin sekali airnya? Begini jadinya, akan kami robohkan saja
benteng yang mengawal kerajaan kamu!”
Rakyat
negeri itu tetap berkeras. Mereka pun tiada pilihan. Jika diberi air
tawar kepada kerabat Bujang Senang itu, maka akan ada di antara mereka
yang MATI. Fikir mereka, asalnya Bujang Senang juga mampu hidup di air masin.
Sedang mereka didesak dan terus didesak kerabat Bujang Senang itu, akhirnya rakyat menjadi tidak keruan. Mereka mula berbalah sesama sendiri. Ada golongan yang mahu berkongsi air tawar, ramai lagi yang nekad tidak sekali-kali membenarkannya.
Sedang mereka didesak dan terus didesak kerabat Bujang Senang itu, akhirnya rakyat menjadi tidak keruan. Mereka mula berbalah sesama sendiri. Ada golongan yang mahu berkongsi air tawar, ramai lagi yang nekad tidak sekali-kali membenarkannya.
Melihat
keadaan ini, si Raja mulai risau. Mana lagi penting, kerajaannyakah
ataupun simpanan air tawarnya? Hilang kerajaannya, hilanglah kehidupan
rakyatnya. Habis air simpanannya, habislah jua nyawa rakyatnya.
Seketika
itu juga, datanglah salah seorang daripada menterinya yang berkuasa
lalu berkata, “ Wahai Rajaku, ambillah sedikit air yang masin itu
kemudian campurkanlah ia dengan air tawar simpanan kita. Mudah-mudahan
dengan berbuat begini, maka cukuplah bekalan untuk kedua pihak tanpa
hilang kerajaanmu.”
“Bagaimana pula jika rakyat memberontak terhadapku?” Tanya si Raja.
Lalu si menteri yang bijaksana itu mencadangkan agar dibuatkan sempadan di antara mereka.
“Katakanlah
kepada rakyat di sebelah Barat Kerajaanmu, air tawar dikhaskan untuk
mereka. Air masin diberikan kepada Bujang Senang”.
“Di
sebelah Timur Kerajaanmu pula, katakan kepada Bujang Senang bahawa air
tawar sudah diberikan setakat yang ada. Tetapi jika mereka hendak ke
Barat, maka hendaklah mereka menggunakan air masin kerana air tawar
HANYA untuk rakyat di sini sahaja”.
Kemudian
setelah memikirkan ada kewajarannya dengan cara tersebut, berkatalah si
Raja, “Baiklah, menteriku. Perkhabarkanlah kepada sekalian rakyat dan
penjaga-penjaga kerajaanku Bujang Senang, akan jalan penyelesaian yang
kau cadangkan itu”.
Lalu
turunlah menteri itu mengkhabarkan kepada kedua-dua pihak dengan
niatnya untuk menyelesaikan masalah yang rumit itu. Malangnya dia
dicemuh..
Dalam
hatiku ingin berkata, rakyat lebih memerlukan air untuk makan dan minum
sedangkan bujang senang memerlukan air untuk tinggal di dalamnya
sahaja. Tapi aku yakin, pasti TIDAK ADA antara mereka yang kisahnya ku
tulis ini MENDENGAR apa yang aku katakan ini.
Berbalik kepada kisah tadi, rakyat negeri dan bujang senang mula berang.. Barat dan Timur juga satu
kerajaan yang sama. Mengapa perlu disekat suatu yang pernah dikecapi
dulu secara bebas? Lantaran itu berlakulah beberapa kejadian yang buruk
dalam kerajaan BUMI.
Ada rumah yang rebah seperti dilibas sesuatu, ada juga tebing yang runtuh seperti dimusnahkan manusia namun antara mereka tiada yang mengakui. Tuduh menuduh, tuding menuding mula dilihat. Bermulalah konflik antara keduanya..
Ada rumah yang rebah seperti dilibas sesuatu, ada juga tebing yang runtuh seperti dimusnahkan manusia namun antara mereka tiada yang mengakui. Tuduh menuduh, tuding menuding mula dilihat. Bermulalah konflik antara keduanya..
Raja
menjadi serba salah. Sudah tentulah dia mahu negerinya disaliri sungai
yang tawar airnya. Dia tidak rela melihat rakyatnya menderita. Tetapi
apakah yang mampu dibuat olehnya?
Dan
ketika itu muncullah para Pendekar Keris Bersilang di depan Istananya
lantas mengorak langkah yang pertama, memalu tabuh tanda bertempur. Sang
Bujang Senang kecewa marah lalu pergi. Dibiar salah, ditentang parah.
Bukankah Si Raja dari kalangan pendekar itu juga?
Dan
inilah yang sedang berlaku sekarang. Kerabat Bujang Senang marah kepada
si Raja, bertempik dan berkata,”akan kami musnahkan benteng sempadan
negerimu bila surut air bah ini kelak”.
“Biarlah
kerajaan 3 alam pula yang masuk memerintah dan menurunkan kamu dari
takhtamu. Ketika itu seramai mana pun para pendekar-pendekarmu yang ada,
pasti tidak dapat membantumu”.
Aku
mengandaikan waktu bah surut itu pada penghujung tahun depan. Beginilah
perancangan yang telah dibuat setakat yang aku tahu. Sungai-sungai di
sini sudah ada bibit-bibit untuk bertukar warnanya. Airnya kian
menghijau, merah dan biruputih. Akan lenyapkah sungai BIRU yang satu
ketikanya luas, seluas lautan di Laut China Selatan?
Aku tinggal di sungai ini. Aku ingin mengkhabarkan kepada semua rakyat kerajaan BUMI bahawa
kami tinggal dalam kepungan Bujang Senang, makan minum kami bergantung
kepada mereka yang membantu. Tidak semuanya jenis yang membantah. Cuma
risau, andainya racun MERAH meresap dalam hati setiap mereka maka musnahlah benih-benih yang kami semaikan sejak sekian lama dulu.
Akan lenyapkah sungai-sungai yang airnya biru dan tenang di tempat kami?
http://rajahmas.blogspot.com/2010/01/kisah-kerajaan-raja-dan-bujang-senang.html
http://rajahmas.blogspot.com/2010/01/kisah-kerajaan-raja-dan-bujang-senang.html